Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum
Selalulah berzikir dan berselawat kepada baginda S.A.W serta keluarga baginda S.A.W dan para sahabat..
Hisab Penuntut Ilmu
Saturday, 17 March 2012
Ikhlas
Setiap hari, kita akan melakukan pekerjaan. Jika kita membuat sesuatu itu hendaklah ikhlas kerana itulah kunci sesuatu perkara yang kita buat. Jadi kalau kita buat sesuatu, kita buatlah kerana Allah dan bukan kerana benda keduniaan. Oleh itu, kita buatlah sesuatu itu dengan ikhlas. Insyaallah dengan izin Allah. Amin... Sekian , waallahualam.
Friday, 16 March 2012
Amalan Kita~~~
"Ibu nanti kakak dapat naik kelas tahun depan , kakak nak basikal pixie yer.."
"Kalau kakak tak dapat ibu tak nak bagi"
"Janji yer , ibu "
"Ye , ye, ibu janji"
Macam itulah satu adegan yang selalu terjadi dalam hidup kita. Kita selalu mengharapkan balasan daripada perbuatan kita. Begitu juga kita terhadap Allah. Kita berusaha berbuat baik supaya tidak masuk neraka dan dapat memasuki syurgaNya. Tidak mengapa kita jadikan ini sebagai pendorong kita tapi jangan terlalu mengharapkan balasan syurga semata-mata takut-takut tidak menjadi amalan kita itu. Sebaliknya, kita haruslah membuat sesuatu itu kerana Allah subhanahuwata'ala dan cinta kita kepadaNya. Jadilah seperti Rabiatul Adawiyah yang hanya mencari cintaNya sahaja.
Sekian , Waallahualam....

Thursday, 15 March 2012
Ibu Borek Anak RIntik
Seorang anak mengadu kepada ibunya , "Ibu , Aiman sakit perut!" .
"Aiman sakit perut sebab perut Aiman kosong"
Pada suatu ketika, "Aiman mari tolong urut kepala ibu ni "
"Kenapa ibu picit-picit kepala ibu?"
"Aiman tahu..."
"Ibu sakit sebab kepala ibu kosong"
MMoral: Anak-anak akan meniru sesuatu yang kita ajarkan. Jadi ajarkanlah sesuatu yang betul-betul, 100% pure bermanfaat . Semoga apa yang tersembur keluar dari mulut kita selalu diberkati Allah s.a.w. Aminn....
Subscribe to:
Posts (Atom)