Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum

Selalulah berzikir dan berselawat kepada baginda S.A.W serta keluarga baginda S.A.W dan para sahabat..

Hisab Penuntut Ilmu

Sunday 1 April 2012

Tujuanku..



 Seorang pemuda telah tersesat di sebuah bandar metropolitan yang mempunyai banyak sangat cabang-cabang jalan. Dia mencari-cari arah ke mana perlu dia lalui. Lalu, apabila ternampak seorang pak cik penjual akhbar di tepi jalan, pemuda tersebut memberhentikan keretanya lalu berkata,
"Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh, pak cik."
"Waalaikumussalam warahmatuallahi wabarakatuh nak"
"Pak cik saya berada di mana ni?"
"Anak hendak pergi ke mana?"
"Sekarang ini saya berada di mana ni, pak cik?"
"Anak hendak ke mana?"
Sekali lagi mereka saling bersoal-soalan.
"Pak cik, sekarang ini saya brada di mana ni?"
"Anak, ke manakah tujuan destinasi kamu?"
"Err sebenarnya saya pun tak tahu ke mana saya nak pergi"


Ish ish ish ada ke patut keluar rumah dan pergi ke tempat yang sangat asing bagi kita, tapi tidak ada destinasinya. Sebagai seorang muslimin/muslimat yang berwawasan, kita prlulah mempunyai jati diri dengan sentiasa mempunyai tujuan atau destinasi apabila membuat sesuatu. Allah subhanahu wataa'la pun ada tujuan dengan menciptakan kita, untuk beribadat kepadaNya. Jika hidup ini tidak ada destinasi, pasti terhumbang-ambing hidup kita. Waallahua'lam...

Saturday 17 March 2012

Puasa Hajat



 Puasa hajat. Dilakukan pada hari jadi kita. Sesuai untuk memohon hajat sesuatu contohnya jodoh. Jadi kalau أنتى / انتا  nak berhajatkan sesuatu. Disyorkan anda berpuasa ketika hari lahir anda dan lakukanlah amalan sunat yang lain yer... Insyaallah .... Sekian....Waallahualam...

Ikhlas


  Setiap hari, kita akan melakukan pekerjaan. Jika kita membuat sesuatu itu hendaklah ikhlas kerana itulah kunci sesuatu perkara yang kita buat. Jadi kalau kita buat sesuatu, kita buatlah kerana Allah dan bukan kerana benda keduniaan. Oleh itu, kita buatlah sesuatu itu dengan ikhlas. Insyaallah dengan izin Allah. Amin...   Sekian , waallahualam.                                             

Friday 16 March 2012

Amalan Kita~~~

    "Ibu nanti kakak dapat naik kelas tahun depan , kakak nak basikal pixie yer.."
    "Kalau kakak tak dapat ibu tak nak bagi"
    "Janji yer , ibu "
    "Ye , ye, ibu janji"


 Macam itulah satu adegan yang selalu terjadi dalam hidup kita. Kita selalu mengharapkan balasan daripada perbuatan kita. Begitu juga kita terhadap Allah. Kita berusaha berbuat baik supaya tidak masuk neraka dan dapat memasuki syurgaNya. Tidak mengapa kita jadikan ini sebagai pendorong kita tapi jangan terlalu mengharapkan balasan syurga semata-mata takut-takut tidak menjadi amalan kita itu. Sebaliknya, kita haruslah membuat sesuatu itu kerana Allah subhanahuwata'ala dan cinta kita kepadaNya. Jadilah seperti  Rabiatul Adawiyah yang hanya mencari cintaNya sahaja.


Sekian , Waallahualam....

Thursday 15 March 2012

Ibu Borek Anak RIntik


Seorang anak mengadu kepada ibunya , "Ibu , Aiman sakit perut!" . 
                                      "Aiman sakit perut sebab perut Aiman kosong" 


   Pada suatu ketika,  "Aiman mari tolong urut kepala ibu ni "
         "Kenapa ibu picit-picit kepala ibu?" 
                         "Aiman tahu..."
                                   "Ibu sakit sebab kepala ibu kosong"




     MMoral: Anak-anak akan meniru sesuatu  yang kita ajarkan. Jadi ajarkanlah sesuatu yang betul-betul, 100% pure bermanfaat . Semoga apa yang tersembur keluar dari mulut kita selalu diberkati Allah s.a.w.  Aminn....

Thursday 29 December 2011

Hari Baru..

   Tahun Baru akan menjelang dalam beberapa hari lagi.1 Januari 2012 merupakan hari pertama kita di ambang tahun baru. So , semua sudah ready ke? Macam mana dengan persiapan untuk ke sekolah? Sudah cukup - secukup - cukupnya? Everything is perfect now? 
  Well , as we already know , apabila tahun baru hendak menjelma sudah pasti banyak belanja yang perlu dikeluarkan. Yang biasanya , keperluan sekolah anak-anak. Maybe yang lain tu nak beli barang-barang baru ke, pakaian baru ke dan banyak lagi lah.
  Apabila dah namanya Tahun  Baru , jadilah Hari Baru ,muncullah Hijrah Baru serta Sikap Baru dan Belanja Baru. Di sini kalau dah Hari Baru namanya, maka berhijrahlah sikap kita kepada yang baru sama ada kepada yang lebih baik atau buruk , Insyaallah ke arah yang lebih baik  dan sudah tntu money kita pun akan terjejas . Mungkin Tahun Baru ada potongan harga. Kalau yang rambang mata tu banyaklah belanjanya.
  Tapi yang pentingnya ialah kita haruslah tahu Hijrah apa yang kita akan pergi. Jadi sematkanlah niat anda dari Awal Muharram lagi sepatutnya , tapi belum terlambat untuk mulakan Hijrah kita ke arah yang lebih baik.Maaflah saya ni tidak tahu mana berkenaan hadis-hadis ni , jadi kalau anda tahu lah tentang hadis yang berkaitan dengan Hijrah , sebar-sebarkanlah sesama Umat manusia  kita yang masih hidup ini.
  Jadi , semoga kita diberkati Allah selalu dan mendapat rahmat-Nya serta dibuka pintu hati kita untuk berhijrah ke arah yang lebih elok dan mendapat hidayah dari-Nya , Amin...
   Ingatlah manusia hanya merancang tapi Allah yang mentakdirkannya ...
 Sekian , Wallahualam...

Sunday 18 December 2011

Pendatang Baru

Assalamualaikum rakan-rakan ku yang dikasihi sekalian,
alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T kerana pada tarikh 18/12/2011 saya telah membuat laman blog ini untuk dikongsikan ilmu yang saya ada dengan anda semua. Terima kasih untuk membaca blog saya. Yang benar,SJH123